Thursday, 17 August 2017

Bila rindu

Hai assalamualaikum

Cuma nak cerita. Bila kita rindu kita ada tendency untuk buat apa yang orang rindu tu suka/ pernah buat.

Saya pernah waktu on trip dengan kawan kawan sekolah..dalam empat hari macam tu..pusing la malaysia. Then hari nak balik singga makan di sebuah restoran.. masa ni dekat pulau pangkor. Saya pilih untuk makan nasi putih dan lauk masakan kampung. Masa tu nampak la sambal terung memanggil manggil. Tiba tiba teringatlah aku akan emak di rumah. Tanpa sedar aku sendukkan terung terung masuk pinggan. Hahaha. that was my first time eating terung. Sebelum ni mak selalu aje masak tapi tak pernah nak makan. Macam macam la sebabnya. Sebenarnya memang cerewet makan.

Itu masa mak masih di dunia. Sekarang mak dah takde kat sini lagi. Dan tanpa sedar banyak perkara yang mak suka kami pun terbuat. Kami. Yup. Sebab saya perasan bukan saya aje tapi semua adik beradik. and i realised that was the power of love. We tend to do what our loves one do.

Relate to one of kuliah i heard before. Try reading a hadis a day. If not a day. Maybe do it twice a week. Maybe for a start onece a week.. if difficult make it twice a month. Why? Sebab kita cakap kita sayang dan cinta rasulullah. Kalau kita cinta rasulullah semestinya kita juga suka mengulang ulang apa yang pernah rasulullah perkatakan dan lagi bagus apa yang rasulullah buat kita pun buat. MasyaAllah. Nampak tak ditahap mana sebenarnya cinta kita kepada rasulullah.

Tapi key dia kene jatuh cinta dengan nabi dulu baru mudah nak buat. Sebab kuasa cinta boleh buat kita buat apa sahaja. The tendency is unlimited. Believe me. Dan kita tak perasan pun masa sedang buat. Jadi nak jatuh cinta kene la hayati sirah. Apa yang rasulullah buat. Bekorban untuk ummat dia. Sebab rasulullah itu cinta pada ummatnya. Walaupun tak pernah berjumpa. Rasulullah itu cinta kat kita sebelum kita wujud lagi. Dahsyat kan?

Sollualannabi

Sunday, 19 February 2017

Pillow talk with acu

Semalam ziarah acu. Adik almarhumah mak aka bestfren mak. Sekarang macam besfren aku jugak. Hihi. Having a long pillow talk. Cerita update perkembangan diri lepastu throwback jugak kisah sakit sihat mak dulu.

Betul. Kita rasa kisah hidup kita dah dahsyat. Paling dramatik dan tragis. Tapi bila dengar kisah orang lain. Allah. Ada lebih dahsyat ujiannya. Sebab bila kita tak bergaul dengan orang atau tak amik berat hal sekeliling kita, maka kita pun tak tahu. Kita banyak mengeluh nasib sendiri, menyebabkan kurang rasa syukur. Padahal masih banyak lagi nikmat lain yang allah beri tapi sebab fokus kita pada kehilangan kita jadi gelap mata. Cuba alih fokus pada apa yang ada pada diri kita. Kita akan jadi orang yang lebih bersyukur dan menghargai.

Yakinlah dengan hikmah. Segala apa yang berlaku itulah yang sangat terbaik. Tepat pada masanya. Sesuai dengan segala keadaan dan orang yang terpilih memikulnya. Memang. Hikmah ni selalunya tersembunyi dan kita tak sedar pun. Bila berfikir balik, insyaAllah ada banyak sangat yang allah nak beri. Yang memang allah dah janji sangat besar rahmat dan keampunan untuk orang yang sabar bila ditimpa musibah. Kalau nak cerita pasal rahmat keampunan pun boleh jadi panjang lebar ceritanya. Allah sangat baik. Alhamdulillah

Satu ibrah dari kisah dalam surah al-kahfi. Apabila nabi musa berjalan bersama nabi khidir dengan niat untuk mencari ilmu lalu nabi khidir membunuh seorang kanak-kanak, pasti sahaja secara cepat kita menghukum itu kejam dan tidak pantas berlaku. Tetapi disebaliknya itu, terdapat hikmah. Nabi khidir telah terlebih dahulu mengetahui anak itu akan menjadi derhaka apabila dewasa kelak. Jadi dengan kematian pada waktu kecil itu menyelamatkan dia dari terjerumus dalam dosa besar terhadap ibubapa. Malah allah kemudian menggantikan anak yang lain lebih baik kepada keluarga tersebut. Allah yang mencipta kita. Dia lebih mengetahui segala sesuatu tentang masa hadapan kita. Dia tak pernah zalim pada hambanya. Yakinlah.

Sama juga jika kita kematian ibu atau bapa atau keduanya. Disaat kita rasa kita sangat muda untuk berjalan sendiri menempuh realiti hidup. Padahal mungkin sahaja jika mereka masih hidup, dewasanya kita menjadi anak yang derhaka kepada mereka. Bila berkahwinnya kita, menjadi anak yang bisa mengecilkan hati ibu kerana melebihkan isteri sendiri. Walaupun mungkin sebelumnya memang kita sangat ingin berjasa dan membalas semua pengorbanan susah payah mak ayah kita. Tapi sekali lagi. Allah al khaleq lebih mengetahui siapa diri kita.

Akhirnya kita kene sedar kembali. Setiap segala sesuatu yang kita ada di dunia ini adalah pinjaman. Semuanya milik allah. Bahkan kita juga miliknya. Kita tak berhak bahkan diri kita sendiri. Apatah lagi orang kesayangan kita. Mak, abah, anak-anak atau siapa-siapa pun. Bahagia yang allah datangkan daripada meraka merupakan rahmat dan nikmat. Dan kita juga perlu bersedia untuk kehilangan nikmat ini.

Apabila kita tersedar hidup ini memang kadarnya tak lama. Semua tidak kekal. Maka seharusnya kita sudah boleh berfikir dan fokus untuk kehidupan di alam abadi sana. Betullah dunia ini cuma jambatan menuju akhirat. Tempat bercucuk tanam yang hasilnya dituai disana. Gunalah segala nikmat yang allah berikan untuk jadi orang yang beruntung di akhirat nanti. Hargailah semua kesayangan kita. Bawalah pimpinlah bersama menuju alam bahagia yang kekal. Supaya antara kita atau dia yang meninggalkan dunia dahulu, insyaAllah dapatlah berkumpul bersama-sama di syurga. Ya, berpisah sementara dan rindu berjumpa kembali. Ternanti-nanti saat itu. Benar berkasih sayang dan cinta kerana cinta pada Allah. Inilah penguat untuk terus menjadi lebih beriman setiap hari. InsyaAllah.

20022017
3weeks dah

Tuesday, 7 February 2017

Beet root

Ubi beet atau beet root. Semalam kukus aje bagi lembut nak makan. Kukus pula sekali dengan siakap steam. Hamik kau purple jadinya kuah steam ikan. Makan la sepotong. Tasteless. Nak cakap tak sedap tak. Pahit pun tak. Tapi takde rasa sedap yang buat effect nak makan lagi.

So end up semalam lepas habis jamah ikan, simpanla ubi tu dalam peti ais balik. Pagi ni kukus balik tapi langsung tak bersentuh. Aduyaii. Guane tu. Tiba-tiba muncul mentol di kepala.

Muncullah idea hipster pinkish cucur made from beet root. No artificial colouring dijamin selamat. Warna dia memang tempting. Ni kalau budak budak mesti dah berebut nak makan ni. Hahaha. Alhamdulillah sedap.

Sunday, 5 February 2017

Serah Diri

Assalam w.b.t

Hihi. Sekali lagi bukan melupakan tapi menulis bukan mudah. Berhabuk ye blog ni. Quite long time nak cerita kat sini about my episode of serah diri.

Bila sebut serah diri  macam topik jenayah kan. Nak serah diri pi balai ke. Boleh jadi bab tauhid jugak. Berserah diri hanya pada allah. Kisah ni pun boleh relate dengan konsep tauhid ni. Tapi dalam cerita yang agak drama.

Usia semuda 24 tahun. Berkemungkinan besar ada penyakit kronik. Apa yang korang fikir lepastu?

Hilang arah? Pikir mati?
Redha? Apa tu redha?
Apa jadi belajar? Apa jadi kerjaya?
Menipu diri. Dan hidup macam biasa?
Serah diri pada ahli perubatan?

Kadang hidup ni menjadikan kita sangat tamak. Kita tengok orang lain belajar tinggi kita pun nak masuk uni. Kita tengok orang kerja best kita pun taknak kalah nak juga acah acah berkarier. Kita tengok orang kahwin beranak pinak kita pun berusaha nak dirikan rumah tangga. Kita tengok orang mati eh eh rasa tak sedia pula nak mati. Begitula roda hidup.

Tak salah nak mimpi bahagia macam tu. Tak semestinya tamak kan. Tapi kita tak boleh ukur semua perkara yang ada pada orang lain kepada diri sendiri. Itu antara proses kehidupan manusia kebanyakan. Bukannya wajib untuk semua orang melalui proses yang sama. Ada orang mungkin akan skip proses. Ada orang mungkin extend some part. Mungkin juga tak lalui langsung. Tapi mati tu pasti semua orang tak boleh lari.

Jadi dalam menggapai proses tu ada macam-macam batu rintangan. Sama ada kita ada control on it atau tak.

Berbalik pada kisah aku serah diri. Sebab aku sudah lama juga perasan sesuatu yang aneh dalam diri. Tapi perasaan bercampur. Takut, malu, tak puas lagi enjoy waktu, nak melalui semua proses hidup macam orang biasa dan macam macam lagi.

Sampai satu tahap, aku sedar perkara ni sebenarnya memakan diri. Menzalimi tubuh yang allah amanahkan. Merosakkan hidup. MashaAllah. Jadi aku tekad untuk mengakui realiti hidup aku tak semudah proses manusia kebanyakan. Aku kena tukar mentaliti tu semua. Jadi aku beranikan diri pergi jumpa doktor dan bermakna expectation lepastu adalah aku sanggup lalui segala kesakitan dan risiko nyawa.

"Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" (2:214)

Allah tak pernah menzalimi hambanya. Sebenarnya kita yang telah menzalimi diri dan amanah/nikmat yang sangat banyak Allah beri.

6 feb 2016
KPJKajang
Freefromstichestoday.

Wednesday, 23 November 2016

Solihah girl in the making. Still.

Oh Allah, today i cried. I was so sad when i remember how i left my mom to go to internship and after 3 days my mom died on the hospital bed. I regret i was not helping my mom on that day. I regret i was not able to understand my mom's needs during that time. Because i have no idea she was actually in battle of sakaratul maut which mak was fighting to syaitan offers. It was a crucial time, i do not even have thought to give mak drinks while she like giving us sort of signs. But i dont understand. I am crying now. Forgive me mak. I learn in school how the sakaratul maut been taken to and what should we react. But i only done half of what i know. I remembered i pray hard and read suratol yaasin besides you. And i repeat kalimah lailahaillah near your ear. But still i regret. nye tak suapkan mak air. You must be really thirsty that time. Ooo allah please.. in the next time, if this event ever happen again, please guide me to do the right thing. Please give me ilham to do what should i suppose to do. I dont want this to happen again to my love one. Al-fatihah to mak. Allah please accept her. Redha dan terimalah mak. I love her so much. And i know i cannot love her as much as she love me. I know.

************

I listened to the radio earlier in morning at the office. The difference of sabar and shukur when we faces musibah. Kalau kita pasrah dan terima takdir ini, yes that's sabar. And it is not easy either. But higher than that is shukur. When orang sabar said innalillah, but people who is shukur will say alhamdulillah when bad things happened. Mashallah. The ustaz also said saidina ali was so sad when allah does not give him sick as allah has forgotten him. So when he got sick, he say alhamdulillah and got relief because allah still seen him, still recognised his existence. Subhanallah. After all, we only need to be recognised in the eyes of allah, not people not anyone. I want to be a shukur person. Feel and believe in heart, saying with lisan and express it with action. InsyaAllah. Be solihah girl ainin sofia 😊

Tuesday, 18 October 2016

This is really a mixture

Setiap hari kita punya masa yang sama banyak. Tapi hari ini rasa spesel sebab banyak insiden berlaku. Perasaan bercampur. Gembira, sedih, takut, serabut, bedebar-debar..muahaha.. but i think i start to love my job..insyaAllah pls let it be forever like this. Special day which i start my morning with my boss. We have a meeting with the other boss in payment side. Even i was not contributing much in the discussion, and i know my boss didn't expect me to come out with solution tho..hahahaha.. i knew, she brought me together to this meeting just to give exposure of meeting as well as for me to have better understanding in a bigger perspective. So thanks boss for that trust.

Then, one of my kakak ofis just come back from maternity leave..and she wear hijab now..alhamdulillah..i am very happy for her..and the other kakak buat lawak..sekarang only archana not yet wearing tudung..hahaha..excluding mommy..so meriah our section today.

Before going home, 5min before 7pm. I entered elevator with my good friend. A chinesse. We talk on many things while laughing on silly stuffs..suddenly the lift open and hod of our dept walk into the lift.. he did notice me and say wahhh so happy..very good ya? Hewhew..kuat sangat pulak tergelak..but i was so shocked that i do not know how to react..and for a moment all become silent. Then i ask him.. going home already? He said..yala..its already late maa.. 1 hour..this not going to be efficient to stay laa..isn't? I just answered yela..the safest answer 😂
Deep in my heart.. i hope this boss will never feel regret as taking me as his staff. And i promise i wont do such things that will result to that. Second, i hope he remembered the first things he advice to me after 2months in..make a lot of friends..now i have many friends from many races..and i was so happy everybody is treating me as human and not robot.. alhamdulillah..

I drove car home..then i realized i need to pump fuel..memang dah nak kering sangat..bertangguh je nak isi.. so now memang urgently kene isi.. so i stop my car in petron..when i want to make payment, i remembered my purse was in my drawer in the office..so careless.. this is not my first time to left purse in ofis but my first experience when need to use money to buy fuel urgently😁

I want to write more but my body needs rest. Never mind i will come back again. Assalam. Gudnite.

Monday, 3 October 2016

Sofia makes a come back

Assalam

Dear readers, i am nervous right now. I do not know what Allah has planned for me tomorrow. I have a bad feeling on this thing. Allah i know you has already set up every single story in my life. You have the timeline. You are the most powerful that you can do anything you want while i have nothing so thats why i am here. I am begging to you ya Allah please make tomorrow good for me. Please allow me to keep that thing still in my pocket for just few moments. I am not ready. I will surrender myself. I promise. Please postpone it. I just could not bear if other people know the truth before me when it was actually about me myself.