Sunday, 19 February 2017

Pillow talk with acu

Semalam ziarah acu. Adik almarhumah mak aka bestfren mak. Sekarang macam besfren aku jugak. Hihi. Having a long pillow talk. Cerita update perkembangan diri lepastu throwback jugak kisah sakit sihat mak dulu.

Betul. Kita rasa kisah hidup kita dah dahsyat. Paling dramatik dan tragis. Tapi bila dengar kisah orang lain. Allah. Ada lebih dahsyat ujiannya. Sebab bila kita tak bergaul dengan orang atau tak amik berat hal sekeliling kita, maka kita pun tak tahu. Kita banyak mengeluh nasib sendiri, menyebabkan kurang rasa syukur. Padahal masih banyak lagi nikmat lain yang allah beri tapi sebab fokus kita pada kehilangan kita jadi gelap mata. Cuba alih fokus pada apa yang ada pada diri kita. Kita akan jadi orang yang lebih bersyukur dan menghargai.

Yakinlah dengan hikmah. Segala apa yang berlaku itulah yang sangat terbaik. Tepat pada masanya. Sesuai dengan segala keadaan dan orang yang terpilih memikulnya. Memang. Hikmah ni selalunya tersembunyi dan kita tak sedar pun. Bila berfikir balik, insyaAllah ada banyak sangat yang allah nak beri. Yang memang allah dah janji sangat besar rahmat dan keampunan untuk orang yang sabar bila ditimpa musibah. Kalau nak cerita pasal rahmat keampunan pun boleh jadi panjang lebar ceritanya. Allah sangat baik. Alhamdulillah

Satu ibrah dari kisah dalam surah al-kahfi. Apabila nabi musa berjalan bersama nabi khidir dengan niat untuk mencari ilmu lalu nabi khidir membunuh seorang kanak-kanak, pasti sahaja secara cepat kita menghukum itu kejam dan tidak pantas berlaku. Tetapi disebaliknya itu, terdapat hikmah. Nabi khidir telah terlebih dahulu mengetahui anak itu akan menjadi derhaka apabila dewasa kelak. Jadi dengan kematian pada waktu kecil itu menyelamatkan dia dari terjerumus dalam dosa besar terhadap ibubapa. Malah allah kemudian menggantikan anak yang lain lebih baik kepada keluarga tersebut. Allah yang mencipta kita. Dia lebih mengetahui segala sesuatu tentang masa hadapan kita. Dia tak pernah zalim pada hambanya. Yakinlah.

Sama juga jika kita kematian ibu atau bapa atau keduanya. Disaat kita rasa kita sangat muda untuk berjalan sendiri menempuh realiti hidup. Padahal mungkin sahaja jika mereka masih hidup, dewasanya kita menjadi anak yang derhaka kepada mereka. Bila berkahwinnya kita, menjadi anak yang bisa mengecilkan hati ibu kerana melebihkan isteri sendiri. Walaupun mungkin sebelumnya memang kita sangat ingin berjasa dan membalas semua pengorbanan susah payah mak ayah kita. Tapi sekali lagi. Allah al khaleq lebih mengetahui siapa diri kita.

Akhirnya kita kene sedar kembali. Setiap segala sesuatu yang kita ada di dunia ini adalah pinjaman. Semuanya milik allah. Bahkan kita juga miliknya. Kita tak berhak bahkan diri kita sendiri. Apatah lagi orang kesayangan kita. Mak, abah, anak-anak atau siapa-siapa pun. Bahagia yang allah datangkan daripada meraka merupakan rahmat dan nikmat. Dan kita juga perlu bersedia untuk kehilangan nikmat ini.

Apabila kita tersedar hidup ini memang kadarnya tak lama. Semua tidak kekal. Maka seharusnya kita sudah boleh berfikir dan fokus untuk kehidupan di alam abadi sana. Betullah dunia ini cuma jambatan menuju akhirat. Tempat bercucuk tanam yang hasilnya dituai disana. Gunalah segala nikmat yang allah berikan untuk jadi orang yang beruntung di akhirat nanti. Hargailah semua kesayangan kita. Bawalah pimpinlah bersama menuju alam bahagia yang kekal. Supaya antara kita atau dia yang meninggalkan dunia dahulu, insyaAllah dapatlah berkumpul bersama-sama di syurga. Ya, berpisah sementara dan rindu berjumpa kembali. Ternanti-nanti saat itu. Benar berkasih sayang dan cinta kerana cinta pada Allah. Inilah penguat untuk terus menjadi lebih beriman setiap hari. InsyaAllah.

20022017
3weeks dah

No comments:

Post a Comment