Saturday, 21 November 2015

Parking

Macam dah jadi rutin pula lepas pulang kerja, masuk bilik, buka tudung dan stokin kemudian melepek di atas katil. Itu memang amalan sejak azali, tetapi baru-baru ini Ecah baru perasan, dia selalu ralit kalau terbuka aplikasi instagram dan facebook. skrol dan skrol status kawan-kawannya. Kalau mood baik, dia tekas punat like semua status yang dirasakan bagus. Kalau mood agak dingin panas, satu like pun tak ada. Perangai budak juga, emosi terbawa-bawa. Selain itu, banyak juga manfaat online aplikasi seperti ini, pelbagai informasi dan berita semasa. Macam kali ini, ramai kawan-kawannya share berita malang dari Syria dan Palestin. Ecah mainkan sebuah video yang dikongsi. Seorang kanak-kanak arab bercakap soal bapanya yang ditangkap dan dipenjara tanpa alasan. Kemudian dicerita juga tentang beberapa orang rakannya yang syahid sedang dalam perjalanan ke sekolah. Pebunuhan yang tak kira siapa dan dimana. anak-anak kecil juga yang menjadi target si bangsat yahudi. sekolah dan hospital juga dibom sesuka hati. Memang bukan manusia Yahudi dan sekutu semuanya.

Sedang video itu masih dimainkan di skrin telefonnya, tiba-tiba ia berhenti bermain dan satu panggilan dari nombor yang tak disimpan masuk. Kacau betul, siapala yang telefon waktu nak masuk maghrib ni. Diangkat juga

"Hello, Assalamualaikum"
"Hello"
"Hello, ya?"
"Nak minta tolong alihkan kereta"
"Opss, ok maaf ya, saya turun sekarang"
"Erm.ermm."
"Give me 2 minutes"

Beginilah hidup di rumah tiada tanah. Park kereta pun ikut rezeki. Kalau ada dekat, Alhamdulillah. Kalau ada jauh pun, Alhamdulillah dari takde langsung kan. Nasib kurang baik harini baru aje park kat situ, dah ada pakwe yang call. 

Sarung cardigan dan tudung indo, capai kunci kereta dan pakai crocs. Berjalan laju ke kereta. Sambil berjalan Ecah bersyukur, nasib baik tak masuk bilik mandi lagi. Kalau tak mengamuk la kot Pakwe seorang ni.

Dari kejauhan, terpacak seorang lelaki sambil berpeluk tubuh berdekatan kereta Ecah. Malam semakin gelap. Rasanya lelaki tu berseorangan. Mujur, kalau tak kesian juga kalau ada anak bini kene menunggunya. Ecah bercakap seorang diri. Ecah tunjuk kunci ke kereta sambil tekan punat unlock. Kemudian senyum sedikit pada lelaki tadi, isyarat macam 'akulah empunya kereta yang block kereta hang'. Sebelum masuk dalam kereta dan menghidupkan enjin, sempat Ecah melaung "Maaf Encik!" 

Lelaki itu membantu menolak kereta hadapan supaya ada ruang untuk memudahkan kereta Ecah keluar. Tapi ecah rasa bukan mudahkan dia sangat, sebab nak mudahkan kereta lelaki itu sendiri juga sebabnya keretanya nak keluar dari bontot, lagi guna ruang yang banyak. Heee..lantakla

Pencarian bermula lagi. nak meneruskan pencarian petak parking yang kosong kena bagi aura supaya ada orang nak keluar di masa yang sama dan tepat. Kalau tak Ecah rancang nak amik aje tempat pakcik ni. Tiba-tiba, lelaki itu ketuk cermin, dah kenapa pula ni? Ecah tukar semula gear ke P dan lepaskan stereng.

Ecah turunkan juga la tingkap.
" lampu tak on, dah gelap ni"
" Ohh, ok thanks" Ecah tarik picu kanan ke bawah dan mendongak, 'taknak jalan lagi ke mister?'
" Can I keep your number?"
" Nombor? Ohh..phone number saya? Kenapa ya?"
" In case, kalau awak block kereta saya lagi.
"..." Dia berlalu pergi



Pinn!!
Opss..lama sangat jadi patung cendana, pakcik tu nak keluar kan Ecah. Ceeh sempat nampak senyum sumbing Pakcik tak berapa nak hensem tu. Macam tak selamat aje pampang nombor telefon sendiri kat dashboard kereta. Nak buat macam mana, kereta tak boleh adjust Neutral kalau nak off engine. Memang kena letak gear Parking juga, kalau tak kereta tak selamat. Tapi sekarang ni kira kereta selamat, Ecah rasa diri sendiri pula terancam macam mana tu? 

Lepas pusing-pusing tak jumpa petak parking kosong, Ecah kembali ke tempat tadi. Rezeki, ruang kereta pakcik tadi masih tiada kereta. Laju Ecah masuk parking.. HEHE!

Thursday, 5 November 2015

Hujan





Hujan itu sifatnya menemukan
Menemukan rumput dengan air
Menemukan hidupan dengan minuman
Akhirnya meresap menjadi khasiat

Hujan itu mendamaikan
Jika bukan hadirnya bersama guruh
atau kilat yang membalas
Biarkan sahaja ia hujan yang biasa
Pasti ianya mendamaikan

Hujan seringkali mengingatkan
Membawa kembali ke daerah silam
Menghargai insan yang sekejapan singgah
Pergi setelah segalanya langsai

Hujan itu bermatlamat
Datang dan berhenti disaat yang tepat
Pasti kerana tuntutan Tuhan
Berbeza misi dengan satu hujan


sofiathemerapu

Tuesday, 3 November 2015

Beratnya Dosa RIba'

Assalamualaikum w.b.t.

Harini nak share berkenaan dalil dari Al-Qur'an tentang pengharaman Riba'.

1) Al-Baqarah 278-279

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (278) 
“Hai orang-orang yang  beriman, takutlah  kepada Allah  dan  tinggalkanlah  sisa-sisa  riba. jika  memang  kamu  orang  yang  beriman. 

Allah sebutkan disini kepada orang yang beriman takutlah kepada Allah lepastu baru tinggalkan sisa riba dan jika kamu orang beriman. 

modus operandi hukum riba' kira macam ni.
IMAN --> TAKUT PADA ALLAH --> TINGGAL BAKI RIBA --> IMAN

Untuk pengharaman riba ni unik sikit, Allah ingatkan kepada orang beriman untuk takut dulu pada Allah. Ini untuk orang beriman Allah ta'kid kan (kuatkan) lagi supaya tambah ketakutan kepada Allah. Baru Allah suruh tinggalkan saki baki riba. Kemudian diakhiri dengan Iman lagi. Dalam ayat akhir ini pun unik. Allah guna bahasa double meaning. orang putih cakap read between line. orang arab cakap mafhum mukhallafah. Tinggal saki baki riba baru beriman, kalau tak tinggal? sebaliknya lah senang cerita. tak termasuk orang beriman.

Ok nak tunjuk dalil-dalil lain 
PERTAMA : wajibkan berpuasa



modus operandi: orang beriman > wajib berpuasa > agar betaqwa

~ hujung ayat ada jugak mafhum mukhallafah, maksud lain kalau tak puasa kira tak masuk golongan yang bertaqwa.
~ tapi di tengah ayat, Allah tak ta'kid untuk suruh takutkan Allah dulu macam dalam ayat riba' tadi.

KEDUA
modus operandi: orang beriman > wajib solat > supaya dapat kemenangan/kejayaan
~ sama juga, ayat mafhum mukhallafah. Kalau tak solat, tak dapat kemenangan
~ dan tiada ayat di tengah yang Allah ta'kid untuk suruh takutkan Allah dulu macam dalam ayat riba' tadi.


Jadi boleh lihat, hukum pengharaman riba' ini jugak berat. wajib untuk tinggalkan. Malah sebelum Allah suruh tinggalkan saki baki riba', Allah suruh orang beriman takutkan Allah dulu. Berbeza dengan ayat mewajibkan puasa dan solat. Malah ditekankan. Sedang orang beriman itu pastilah takutkan Allah, tapi tetap Allah tekankan untuk takutkan Allah lagi. Menunjukkan beratnya hukum Allah ini. Sedang hari ini, orang yang solat dan berpuasa terlupa dan amik ringan tentang riba'. Tambahan pula, Allah bukan sebut riba' sahaja tetapi saki baki riba'. Tetapi banyak antara kita sekarang amalkan riba, bukan setakat saki baki..Allah!

Kedua, bahasa mafhum mukhallafah menambah ketakutan sebenarnya kalau merenung sedalamnya. ayat doule meaning yang kalau baca sekali lalu memang takkan rasa apa-apa. 

PUASA - diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti orang sbeelum kamu agar kamu bertaqwa
in other words, tak puasa, maksudnya tak bertaqwa
SOLAT- diwajibkan ruku', sujud, sembah tuhan dan buat kebajikan agar mendapat kejayaan
in other words, tak solat, maksudnya takkan beroleh kejayaan
begitu juga RIBA - Tinggalkan saki baki riba, jika kamu beriman
maksud lain, tak tinggal saki baki riba, maksudnya tak beriman lagi.


Tetapi kalau diteliti perkataan arab untuk puasan dan solat adalah 'La 'allakum' yang bermaksud agar atau supaya. Dalam ayat riba 'In kuntum' bermaksud melainkan atau kecuali. dari segi bahasa ayat riba ini lebih keras.

ayat seterusnya
فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ (279)
 Jika  kamu  tidak melakukannya,   maka   terimalah   pernyataan   perang   dari Allah  dan  rasul  Nya  dan  jika  kalian  bertobat  maka  bagi kalian adalah modal-modal, kalian tidak berbuat zalim dan tidak  pula  dizalimi”.


ayat ini lebih keras. Allah seakan memberi amaran keras. Kalau tidak tinggalkan juga, Allah isytihar perang. Bukan hanya dari Allah bahkan RasulNya juga. Bila sebut perang, ia bermaksud kemarahan yang paling tinggi. Kira kemarahan yang tak bole nak tahan lindung dah. Sebab marah pun ada peringkat-peringkat, ada marah sayang, marah tak bersapa, tapi kalau dah isytihar perang itu peringkat terakhir lah ikut logiknya. Para mufasirin sendiri berkata, ini adalah ayat yang paling dahsyat. paling mengerikan di dalam Al-Quran. Bukan ayat Zina atau minum arak atau berjudi. Tetapi riba'. Allah yang mengishtihar perang kepada manusia. Sedang kita sendiri ketahui kuasa Allah, tentera Allah diman-mana di atas dunia. Bermacam cara Allah boleh gerakkan tenteraNya untuk buat kehidupan manusia tidak tenang aman.

Kemudian Allah akhiri dengan, bagi mereka yang bertaubat iaitu yang baru tersedar dan kembali tak beramal dengan riba, Kamu tidak akan menjadi zalim dan tak pula dizalimi. Maish tak terlambat untuk keluar dari sistem konvensional yang berunsur riba'. Allah maha pengampun dan penerima taubat. Kesan dari meninggalkan riba, Allah sebut kamu takkan berbuat zalim dan tidak pula dizalimi. Makna lain, Riba ini sebenarnya zalim, ia boleh menindas. yang mana seorang mendapat untung(yang menzalimi), dan seorang lagi menjadi mangsa tindas(dizalimi). Inilah hikmahnya.

Setakat ini dulu, marilah beralih kepada produk Islamic, Jika zaman dulu-dulu takde alternatif mungkin boleh dimaafkan lagi jika guna konvensional, tapi kini dah ada banyak pilihan bank islam. No excuse anymore. Mari sokong produk Islam demi kesejahteraan hidup.

Banyak jugak speaker yang share, riba ini bukan hanya diharamkan dalam kitab Al-Qur'an malah dalam kitab lain juga seperti hindu, bible, malah orang yahudi pun tak amal riba sesama meraka. Mungkin ini boleh jadi subjek untuk dikaji di waktu lapang..