Saturday, 21 November 2015

Parking

Macam dah jadi rutin pula lepas pulang kerja, masuk bilik, buka tudung dan stokin kemudian melepek di atas katil. Itu memang amalan sejak azali, tetapi baru-baru ini Ecah baru perasan, dia selalu ralit kalau terbuka aplikasi instagram dan facebook. skrol dan skrol status kawan-kawannya. Kalau mood baik, dia tekas punat like semua status yang dirasakan bagus. Kalau mood agak dingin panas, satu like pun tak ada. Perangai budak juga, emosi terbawa-bawa. Selain itu, banyak juga manfaat online aplikasi seperti ini, pelbagai informasi dan berita semasa. Macam kali ini, ramai kawan-kawannya share berita malang dari Syria dan Palestin. Ecah mainkan sebuah video yang dikongsi. Seorang kanak-kanak arab bercakap soal bapanya yang ditangkap dan dipenjara tanpa alasan. Kemudian dicerita juga tentang beberapa orang rakannya yang syahid sedang dalam perjalanan ke sekolah. Pebunuhan yang tak kira siapa dan dimana. anak-anak kecil juga yang menjadi target si bangsat yahudi. sekolah dan hospital juga dibom sesuka hati. Memang bukan manusia Yahudi dan sekutu semuanya.

Sedang video itu masih dimainkan di skrin telefonnya, tiba-tiba ia berhenti bermain dan satu panggilan dari nombor yang tak disimpan masuk. Kacau betul, siapala yang telefon waktu nak masuk maghrib ni. Diangkat juga

"Hello, Assalamualaikum"
"Hello"
"Hello, ya?"
"Nak minta tolong alihkan kereta"
"Opss, ok maaf ya, saya turun sekarang"
"Erm.ermm."
"Give me 2 minutes"

Beginilah hidup di rumah tiada tanah. Park kereta pun ikut rezeki. Kalau ada dekat, Alhamdulillah. Kalau ada jauh pun, Alhamdulillah dari takde langsung kan. Nasib kurang baik harini baru aje park kat situ, dah ada pakwe yang call. 

Sarung cardigan dan tudung indo, capai kunci kereta dan pakai crocs. Berjalan laju ke kereta. Sambil berjalan Ecah bersyukur, nasib baik tak masuk bilik mandi lagi. Kalau tak mengamuk la kot Pakwe seorang ni.

Dari kejauhan, terpacak seorang lelaki sambil berpeluk tubuh berdekatan kereta Ecah. Malam semakin gelap. Rasanya lelaki tu berseorangan. Mujur, kalau tak kesian juga kalau ada anak bini kene menunggunya. Ecah bercakap seorang diri. Ecah tunjuk kunci ke kereta sambil tekan punat unlock. Kemudian senyum sedikit pada lelaki tadi, isyarat macam 'akulah empunya kereta yang block kereta hang'. Sebelum masuk dalam kereta dan menghidupkan enjin, sempat Ecah melaung "Maaf Encik!" 

Lelaki itu membantu menolak kereta hadapan supaya ada ruang untuk memudahkan kereta Ecah keluar. Tapi ecah rasa bukan mudahkan dia sangat, sebab nak mudahkan kereta lelaki itu sendiri juga sebabnya keretanya nak keluar dari bontot, lagi guna ruang yang banyak. Heee..lantakla

Pencarian bermula lagi. nak meneruskan pencarian petak parking yang kosong kena bagi aura supaya ada orang nak keluar di masa yang sama dan tepat. Kalau tak Ecah rancang nak amik aje tempat pakcik ni. Tiba-tiba, lelaki itu ketuk cermin, dah kenapa pula ni? Ecah tukar semula gear ke P dan lepaskan stereng.

Ecah turunkan juga la tingkap.
" lampu tak on, dah gelap ni"
" Ohh, ok thanks" Ecah tarik picu kanan ke bawah dan mendongak, 'taknak jalan lagi ke mister?'
" Can I keep your number?"
" Nombor? Ohh..phone number saya? Kenapa ya?"
" In case, kalau awak block kereta saya lagi.
"..." Dia berlalu pergi



Pinn!!
Opss..lama sangat jadi patung cendana, pakcik tu nak keluar kan Ecah. Ceeh sempat nampak senyum sumbing Pakcik tak berapa nak hensem tu. Macam tak selamat aje pampang nombor telefon sendiri kat dashboard kereta. Nak buat macam mana, kereta tak boleh adjust Neutral kalau nak off engine. Memang kena letak gear Parking juga, kalau tak kereta tak selamat. Tapi sekarang ni kira kereta selamat, Ecah rasa diri sendiri pula terancam macam mana tu? 

Lepas pusing-pusing tak jumpa petak parking kosong, Ecah kembali ke tempat tadi. Rezeki, ruang kereta pakcik tadi masih tiada kereta. Laju Ecah masuk parking.. HEHE!

No comments:

Post a Comment